Carian
Apple Watch SE Plastik Dilaporkan Sukar Untuk Dibangunkan
March 24, 2025 Fahim Zahar

Apple Watch SE adalah jam tangan pintar watchOS paling mampu milik boleh didapatkan sekarang. Cuma yang dijual adalah versi dilancarkan pada tahun 2022 dan sudah tiga tahun ia masih tiada pengganti. Pengganti seterusnya dikatakan adalah Apple Watch yang dibina berasaskan plastik, namun terbaru ia dilaporkan sukar untuk dibangunkan.

Masalah Apple Watch SE baharu dengan plastik ini dilaporkan bersama-sama dengan Apple Watch dengan kamera terbina untuk ciri AI pada tahun 2027 nanti. Mark Gurman melaporkan yang pasukan rekaan Apple tidak menyukai rekaan baharu SE. Kemudian, mereka turut buntu dalam cuba mendapatkan bahan binaan lain selain aluminium jika ingin menjadikannya lebih murah. Mungkin binaan plastik tidak tahan lasak atau tidak sesuai untuk jam tangan pintar mengikut standard Apple?

Apa-apa pun, Apple Watch SE generasi kedua masih dijual pada harga bermula RM999. Jika anda masih mahukan jam watchOS untuk ekosistem terbaik, ini mungkin alternatif terbaik berbanding Apple Watch Series 10 dan Ultra 2.

Komen