Carian
CEO Bersama Samsung Electronics Meninggal Dunia
March 25, 2025 Effi Saharudin

CEO bersama Samsung Electronics Han Jong-hee meninggal dunia pagi ini pada usia 63 tahun disebabkan oleh serangan jantung. Beliau bertanggungjawab menerajui perniagaan peranti mudah alih dan juga peralatan elektronik di Samsung Electronics.

Beliau telah bersama Samsung sejak 1988 dengan penglibatan yang lama dalam perniagaan televisyen dan di bawah kepimpinan beliau, Samsung berjaya menjadi jenama TV nombor satu dunia selama 18 tahun berturut-turut.

Kematian Han adalah mengejutkan kerana beliau baru sahaja dilantik menjadi CEO bersama Samsung Electronics November tahun lalu. Ia juga berlaku ketika Samsung sedang mengalami pelbagai isu khususnya dalam pengurangan jualan telefon pintar serta persaingan yang semakin sengat dalam pasaran peranti elektronik.

Komen