Tecno telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan 3 generasi Android dan 5 tahun kemaskini sekuriti untuk siri Camon 40. Ini menyediakan pengguna kepada versi Android terkini sehingga Android 18 serta kemaskini keselamatan yang panjang. Antara model yang menerima termasuklah Camon 40 Premier, Camon 40 Pro 5G, Camon 40 Pro 4G, dan Camon 40 standard yang kesemuanya dilengkapi dengan Android 15 semasa pelancaran.

Tecno Camon 40 Pro baru-baru ini dilancarkan di Malaysia dengan beberapa ciri menarik. Ia hadir dengan paparan AMOLED 6.78 inci Full HD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana dengan cip MediaTek Helio G100 Ultimate, bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Dari segi kamera, ia dilengkapi dengan kamera utama 50MP (Sony LYT-700C), kamera ultra-lebar 8MP, dan kamera swafoto 50MP. Bateri pula berkapasiti 5,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W melalui USB-C. Selain itu, peranti juga mempunyai penarafan IP68/IP69 untuk ketahanan terhadap habuk dan air. Ia dijual di Malaysia dengan harga RM899 sebuah.