Set. kepala XR Vivo Vision akhirnya telah diperlihatkan buat pertama ketika acara Boao Forum for Asia semalam. Dari segi rekaan ia mirip dengan Apple Vision Pro kerana terdapat panel kaca di hadapan, pelapik besar pada bahagian muka, pad di belakang kamera yang besar dan pek bateri yang disambung menggunakan kabel kuasa. Walaupun Vivo Vision telah diperlihatkan, maklumat mengenai spesifikasi dan kemampuannya masih belum didedahkan.

Vivo sekadar mengatakan set kepala ini menyasarkan pelancaran di China pada pertengahan tahun ini dan juga tidak menjelaskan sama ada ia kemudiannya akan ke pasaran global. Tidak mengejutkan jika Vivo Vision juga akan menggunakan sistem operasi Android XR sama sahaja seperti Samsung Project Moohan.
Walaupun permintaan untuk set kepala VR dan XR tidak begitu menggalakkan sejak ia mula dipasarkan, terdapat beberapa pengeluar yang masih ingin memasuki pasaran ini. Vision Pro yang diharap dapat menyelamatkan industri XR hanya mendapat sambutan pada peringkat awal sebelum permintaan mendatar menyebabkan Apple dilaporkan telah menghentikan pengeluarannya di penghujung tahun 2024.