Snapdragon 8s Elite Mungkin Akan Dilancarkan Sebagai Snapdragon 8s Gen 4
Fahim Zahar
Qualcomm sudah mula kembali dengan penggunaan nama yang mengelirukan. Cip baharu untuk peranti mercu mampu milik Snapdragon 8s Elite mungkin tidak akan berlaku. Ini kerana Qualcomm mungkin akan menggunakan nama Snapdragon 8s Gen 4, menjadikan siri ‘Snapdragon s’ sebagai siri cip pemprosesan baharu.

Ini mungkin keputusan bijak yang mengelirukan jika Qualcomm hanya ingin menggunakan nama Elite kepada cip dengan CPU Oryon sahaja yang mana tiada pada cip baharu ini. Anda boleh bayangkan yang kedudukan cip Snapdragon 8s Gen 4 adalah di antara Snapdragon 8 Gen 3 dan Snapdragon 8s Elite. Laporan Digital Chat Station yang terkini adalah cip ini akan hadir dengan rekaan 4nm oleh TSMC, menggunakan konfigurasi 1x Cortex-X4 3.21GHz, 3x Cortex-A720 3.01GHz, 2x Cortex-A720 2.8GHz dan 2x Cortex-A720 2.02GHz.
Cip ini turut akan mempunyai GPU Adreno 825 yang mempunyai teras lebih rendah berbanding GPU pada Snapdragon 8 Elite. Cip ini dikatakan menggunakan ISP yang sama jadi kualiti kamera mungkin boleh menjadi setaraf peranti mercu premium. Redmi, IQOO, Xiaomi dan Oppo antara pengeluar terawal yang bakal menawarkan peranti dengan cip Snapdragon 8s Gen 4.
[sumber] Weibo – DCS [/sumber]