Carian
Switch 2 Dijangka Tiba Seawal Mei Dengan Permainan Nintendo Sendiri Terlebih Dahulu
March 26, 2025 Fahim Zahar

Nintendo Switch 2 adalah konsol permainan video mudah alih generasi kedua yang ramai nantikan. Konsol ini telah diacah dengan skrin lebih besar, kaki seakan peranti Microsoft Surface, menyokong katrij permainan konsol lama, Joy-Con boleh menjadi tetikus dan banyak lagi. Terbaru, konsol ini dikatakan mungkin akan dilancarkan seawal Mei atau Jun akan datang.

Konsol ini dikatakan tidak akan tiba sekitar April. Bukan itu sahaja, Nintendo turut dikatakan mungkin akan melancarkan Switch 2 dengan permainan mereka tersendiri terlebih dahulu. Sokongan permainan dikatakan akan mempunyai tiga fasa seperti permainan Nintendo sendiri, kemudian permainan kerjasama dan barulah permainan oleh pembangun pihak ketiga seperti permainan indie.

Kemudian antara permainan awal yang mungkin akan diperkenalkan adalah 3D Mario game, Pokemon game, Final Fantasy 7 Remake, Assassin’s Creed Mirage, Hi-Fi Rush, dan Metal Gear Sold Delta. Harga jualan dijangka mungkin sekitar RM1,700 ke RM2,200. Diharapkan nanti, harga jualannya tidak akan lebih mahal berbanding PlayStation 5.

Komen