Cari @ Amanz

Semua Pengguna Google Kini Boleh Mencipta Chatbot AI Tersendiri Dengan Gemini Gem

Link Copied!

Ogos tahun lepas Google telah memperkenalkan Gem di bawah Gemini. Ia adalah alatan untuk pengguna membina chatbot AI tersendiri berdasarkan Gemini untuk tugasan lebih spesifik. Gemini Gem sejak tahun lepas terhad kepada pelanggan Gemini Advanced sahaja dan baru-baru ini ia telah dibuka kepada pengguna percuma pula.

Buka sahaja laman web Gemini, iaitu satu-satunya tempat untuk membina chatbot ini – pengguna akan disajikan dengan Brainstormer, Career Guide, Coding Partner, Learning Coach, dan Writing Editor sebagai lima contoh chatbot AI. Semasa membina chatbot ini, pengguna turut dibenarkan memuat naik fail seperti dokumen untuk menambah konteks sebagai tambahan kepada prom yang panjang – menjelaskan tujuan chatbot ini untuk apa.

Gem hanya boleh dibina pada laman web Gemini, tetapi boleh diakses pada aplikasi dan turut boleh dikongsi. Saya pernah mencuba Gem ketika ia masih menggunakan model lama sebagai chatbot pemandu pelancong dan ia sukar untuk digunakan tetapi kini dengan Gemini 2.0 atau lebih baharu Gemini 2.5 Pro – Gem pasti lebih bijak dan berguna.


Komen ()