Carian
Canon PowerShot V1 Tiba Di Malaysia Pada April Dengan Harga RM3,999
March 27, 2025 Amy Maizuraa

Canon PowerShot V1 akan mula dijual di pasaran Malaysia pada April 2025 dengan harga RM3,999. Pengumuman ini adalah seiring dengan pelancaran global semalam. Bagi mereka yang berminat, kamera ini boleh didapati melalui pengedar sah Canon di seluruh negara mulai bulan hadapan.

Canon PowerShot V1 dilengkapi dengan sensor 22.3MP bersaiz setara Micro Four Thirds (nisbah 3:2), penstabilan elektronik terbina, dan keupayaan merakam video 4K30P dengan Canon LOG atau 4K60P (crop 1.4x). Dalam masa yang sama boleh merakam video 10-bit Log yang bermakna pengguna boleh membuat pembetulan warna, melaraskan tona serta mencipta gaya berbeza dalam pasca proses video.

Terdapat juga mod filem khusus untuk rakaman jarak dekat bersama sistem autofokus yang dikuasai oleh sistem Dual Pixel CMOS AF II Canon. Kamera turut dilengkapi skrin sesentuh LCD 3-inci boleh laras. Di samping ciri tambahan lain seperti bicu audio 3.5mm, port USB-C, dan mikrofon terbina di dalam tubuh kamera ini.

Komen