Realme 14 5G telah diumumkan secara rasmi di Thailand semalam. Peranti ini menampilkan reka bentuk unik bertemakan Mecha dengan pilihan warna Mecha Silver, Storm Titanium dan Warrior Pink. Ia dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci FHD+, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan puncak sehingga 1500 nits.

Ia juga dijana oleh cip Snapdragon 6 Gen 4, dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM serta storan dalaman sebesar 512GB. Baterinya berkapasiti 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.
Sistem kamera terdiri daripada kamera utama 50MP + 2MP, dan kamera swafoto sebesar 16MP. Ciri tambahan lain termasuk perisian terkini RealmeUI 6.0 berasaskan Android 15, sistem audio stereo, pengimbas cap jari pada skrin, dan Bluetooth 5.2.
Realme 14 5G telah disahkan akan tiba di Malaysia pada bulan April akan datang namun masih belum dipastikan sama ada spesifikasinya akan kekal sama seperti versi Thailand atau sebaliknya.