Carian
Trump Mengatakan China Mungkin Terima Pengurangan Tarif Sekiranya Menjual TikTok
April 4, 2025 Aman

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengatakan kerajaan Amerika Syarikat akan pertimbang untuk pengurangan tarif terhadap China, sekiranya China bersetuju untuk menjual operasi TikTok kepada syarikat Amerika.

TikTok

TikTok sebelum ini diberikan masa sehingga 5 April 2025 untuk menjual operasi mereka di China, atau menutup operasi sepenuhnya. Setakat ini, pelbagai pihak di Amerika Syarikat menyatakan hasrat untuk memiliki TikTok, tetapi pihak ByteDance dan kerajaan China hanya senyap tanpa mengeluarkan sebrang komen buat masa ini.

Pada minggu ini juga, Trump telah mengumumkan kadar tarif baharu untuk pelbagai negara, termasuk China yang dikenakan sebanyak 54% kadar tarif, sementara Malaysia pula sebanyak 24%.

Komen