Samsung sekali lagi menyaman Boe kali ini atas tuduhan mencuri teknologi panel milik mereka. Dalam saman yang difailkan dengan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa AS (ITC) di Texas, Samsung mendakwa rahsia syarikat dicuri oleh Boe dengan mengambil bekas kakitangan mereka dan juga menerusi rantaian bekalan. Teknologi yang dicuri ialah untuk panel OLED dan micro LED.

Pada tahun 2023, Samsung menyaman Boe kerana didakwa melanggar paten panel OLED mereka menerusi ITC. ITC bersetuju dengan Boe tetapi tidak mengharamkan import panel Boe ke Amerika Syarikat kerana penggunaan yang rendah. Semasa saman difailkan, wujud spekulasi ia akan menyebabkan jualan peranti Oppo dan OnePlus diharamkan di Amerika Syarikat kerana mereka menggunakan panel BOE.
Saman baharu ini mungkin langkah Samsung seterusnya bagi mengukuhkan kes ke atas Boe yang akan membuatkan ITC mengeluarkan arahan mengharamkan import masuk peranti. Selain Oppo dan OnePlus, Lenovo juga menggunakan panel Boe khusnya pada telefon katup Razr mereka.