Carian
Samsung Galaxy A06 5G Kini Boleh Dibeli Dengan Harga RM699
April 7, 2025 Amy Maizuraa

Jika sebelum ini hanya ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi terpilih kini Samsung Galaxy A06 5G mula dijual secara terbuka melalui laman web rasmi. Harga jualan ialah RM699 dengan pilihan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ia tersedia bermula sekarang dengan pilihan warna Light Green, Black dan Light Gray.

Samsung Galaxy A06 5G dilengkapi dengan skrin LCD HD+ 6.7-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan dengan cip Mediatek Dimensity 6300, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh. Sistem kamera pula terdiri 50MP + 2MP manakala kamera hadapan pula sebesar 8MP. Samsung juga menjanjikan kemaskini android selama empat tahun pada peranti baharu ini.

Komen