Carian
Grab Umum Kerjasama Dengan Anthropic Untuk Integrasi Kecerdasan Buatan
April 8, 2025 Aman

Grab sebelum ini sedia umum kerjasama dengan OpenAI dalam mengintegrasikan sejumlah teknologi pada penawaran mereka, sekaligus menambah-baik penawaran Grab kepada peruncit, pemandu dan juga pengguna sendiri. Pada acara GrabX 2025 yang diadakan hari ini, Grab mengumumkan mereka meneruskan lagi kerjasama dengan OpenAI, selain turut menambah rakan kerjasama baharu, iaitu Anthropic.

Anthropic merupakan salah satu pesaing terdekat untuk OpenAI, dan menawarkan model bahasa raya mereka dinamakan Claude. Syarikat Anthropic turut menerima sokongan daripada sejumlah firma teknologi lain, termasuk Amazon dan juga Google.

Model kecerdasan buatan pada Grab sedia digunakan untuk membantu peruncit, untuk khidmat sokongan, dan beberapa yang lain. Tidak setakat itu, Grab kini mengumumkan akan turut membangunkan ejen AI yang membantu menyelesaikan sejumlah tugasan – terutamanya untuk peruncit dan penyedia seru-pandu.

Grab menyatakan penggunaan AI oleh mereka akan lebih memfokuskan untuk menyelesaikan masalah harian sebenar, untuk pengguna mereka.

Komen