Carian
TSMC Berdepan Denda $1 Bilion Selepas Cip Keluaran Mereka Jatuh Ke Tangan Huawei
April 9, 2025 Effi Saharudin

TSMC berhadapan dikenakan penalti $1 billion oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat selepas cip keluaran mereka ditemukan pada cip AI Huawei Ascend 910B tahun lalu. Cip ini dijual kepada syarikat Sophgo yang kemudian menghantarnya ke Huawei bagi memintas halangan teknologi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Di bawah kawalan eksport yang dipersetujui ialah TSMC, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat boleh mengenakan penalti dua kali ganda nilai dagangan sekiranya ia dilanggar. Sejurus selepas cip mereka dikesan pada Ascend 910B, TSMC sendiri melaporkannya kepada Jabatan Perdagangan bagi mengelakkan tindakan keras diambil.

Perang teknologi antara China dan Amerika Syarikat yang bermula 5 tahun lalu kini semakin panas selepas tarif 104% diumumkan oleh Presiden Trump semalam. Di bawah halangan sedia ada Huawei bukan sahaja tidak boleh mengakses faundri TSMC, mereka juga tidak boleh membeli mesin menghasilkan cip keluaran ASML.

Huawei kini dilaporkan mengubahsuai mesin lama ASML untuk menghasilkan cip 5nm dengan bantuan SMIC tetapi pada kos yang lebih tinggi. Masa depan mesin ini juga kelam kerana ASML tidak lagi menawarkan bantuan teknikal dan alat ganti bagi mematuhi arahan Amerika.

Komen