Cari @ Amanz

Pelancong Malaysia Boleh Membuat Pembayaran Di Kemboja Menggunakan Kod QR

Link Copied!

Pelancong Malaysia kini boleh membuat pembayaran di Kemboja menggunakan kod QR susulan daripada pelancaran Fasa 2 jalinan pembayaran QR rentas sempadan antara Malaysia dan Kemboja. Dengan sistem ini, pengguna Malaysia boleh mengimbas KHQR menggunakan aplikasi pembayaran mudah alih institusi kewangan yang mengambil bahagian.

Sebelum ini, pelancong Kemboja sudah boleh membuat pembayaran di Malaysia menggunakan DuitNow QR, dan kini rakyat Malaysia turut boleh menikmati kemudahan yang sama di negara berkenaan. Langkah ini boleh dikatakan bukan sahaja memudahkan transaksi pelancong malahan memberi manfaat kepada lebih 7 juta peniaga di kedua-dua negara. Dalam masa sama, ia boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi ASEAN.

BNM

Komen ()