Carian
Oppo Melancarkan Watch X2 Mini Dengan Sokongan eSIM Dan Bateri 7 Hari
April 11, 2025 Amy Maizuraa

Oppo Watch X2 Mini telah diumumkan sebagai salah satu produk baharu dalam acara pelancaran di China semalam. Ia dilengkapi dengan skrin AMOLED 1.32-inci dengan resolusi 466 x 466 piksel, dan kecerahan 1,000 nits. Selain itu, ia turut dikuasai oleh cip Snapdragon W5 Gen 1 dengan 2GB RAM, 32GB storan dan 4GB untuk RTOS.

Ciri-ciri lain termasuk eSIM untuk untuk kemampuan membuat panggilan dan membalas Wechat terus daripada jam tangan ini. Selain itu, ia mempunyai GPS terbina, NFC untuk tujuan pembayaran, serta bateri yang mampu bertahan sehingga seminggu dengan penggunaan ringan. Ia juga dilengkapi pelbagai fungsi kesihatan seperti pemantauan kadar jantung, oksigen dalam darah, kitaran waktu tidur, dan kesihatan wanita.

Menariknya lagi, ia menawarkan sokongan untuk pemantauan gula darah apabila disambungkan ke peranti Continuous Glucose Monitor (CGM) yang serasi. Ia turut mempunyai sistem Travel Guardian yang pertama dalam industry bertujuan untuk perkongsian Lokasi masa nyata, makluman kesihatan automatik, dan menyeru fungsi kecemasan dengan mudah untuk situasi yang kritikal.

Lima sistem satelit disokong untuk navigasi, dan jam tangan itu diperakui 5ATM dan IP68 untuk rintangan air dan habuk. Oppo Watch X2 Mini tersedia dalam warna hitam dan perak dengan harga RMB 1,799 (~RM1,090) manakala versi emas premium akan berharga RMB 2,099 (~RM 1,272).

Komen