Apple Vision Pro akan menerima model yang lebih ringan, mampu milik dan ditambat kepada Mac menerusi laporan Mark Gurman di Bloomberg minggu ini. Menurut beliau model lebih murah dan ringan masih lagi diteruskan walaupun sebelum ini beliau mengatakan tumpuan diberikan kepada kemas kini Vision Pro yang dipercayai akan menggunakan cip Apple M5.

Versi lebih murah dan ringan adalah diperlukan kerana ia adalah sumber rungutan orang ramai sejurus selepas Vision Pro dilancarkan. Harga jualan lebih RM16,000 membuatkan hanya peminat tegar dan golongan T20 sahaja dapat memilikinya. Pemilik awal semuanya merungut Vision Pro tidak selepas dipakai untuk tempoh yang lama kerana keseluruhan berat set kepala ditanggung hidung dan muka pengguna.
Pada waktu yang sama pembangunan Vision Pro yang disambung kepada Mac juga dipercayai sedang dilakukan. Dengan ini kesemua kuasa memproses akan dilakukan oleh Mac. Ini menjadikan model ini lebih mirip HTC Vive dimana ia sekadar mempunyai skrin serta sensor dan komputer menyumbang kepada kuasa memproses.
Kesemua pengalaman menghasilkan Vision Pro ini kemudiannya dipercayai akan digunakan oleh Apple untuk membangunkan cermin mata pintar yang dalam laporan sama dikatakan adalah prioriti utama Tim Cook dalam masa terdekat.