Honor kini membuat kejutan dengan menyatakan persaingan terus kepada Apple, dan mengatakan akan memperkenalkan pesaing iPhone pada harga mampu milik. Buat masa ini, siri telefon yang akan diperkenalkan Honor ini masih tidak dinyatakan lagi, dan mungkin diperlihatkan dalam masa terdekat ini.

Honor mengatakan akan mengintegrasikan sejumlah ciri premium pada telefon ini, termasuk sokongan kecerdasan buatan melaluinya. Untuk makluman, sebelum ini Honor juga telah memperlihatkan keupayaan penghantaran fail dengan mudah antara peranti Honor dan juga iPhone – sekaligus menyatukan lagi penggunaan kedua-dua ekosistem.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan kejutan yang disediakan oleh Honor untuk peranti pesaing iPhone ini.