Carian
Selepas Menguasai Netflix dan Jepun, Mechamato Tembusi China Pula Menerusi Youku
April 17, 2025 Effi Saharudin

Selepas berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan tayangan menerusi Netflix dan juga pasaran Jepun dengan versi alih bahasa Mechamato Movie, kini siri animasi tempatan ini berjaya pula menembusi pasaran China. Kandungan Mechamato akan ditayangkan di China menerusi platform penstriman popular Youku.

Pengumuman dilakukan oleh pengasas Monsta Studios dan pencipta Mechamato, Nizam Abdul Razak menerusi akaun X beliau hari ini. Menurut Nizam, perjanjian dengan Youku turut merangkumi pelesenan dan penjualan barangan Mechamato di China. Ini menurut beliau merupakan langkah penting dalam usaha mengembangkan jenama Mechamato dan Malaysia ke peringkat global.

Sebelum Mechamato, Nizam juga mengecapi kejayaan memasuki pasaran antarabangsa menerusi filem animasi Upin & Ipin yang pertama dan Boboiboy. Kedua-dua animasi popular ini ditayangkan menerusi platform Netflix dan Disney+ Hotstar beberapa tahun yang lalu.

Komen