Vivo telah mengesahkan kehadiran peranti baharu V50 Lite untuk pasaran Malaysia. Peranti ini akan didatangkan dalam pilihan warna yang menarik seperti Titanium Gold dan Purple. Bagaimanapun, spesifikasi lengkap peranti ini masih belum didedahkan buat masa ini.

Jika spesifikasinya sama dengan versi yang dilancarkan di India, ia mungkin dilengkapi dengan skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.77″ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga boleh dijana dengan cip Dimensity 6300 bersama memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Kamera pula terdiri dengan sensor utama 50MP dan ultra lebar 8MP, serta swafoto sebesar 32MP. Selain itu, ia turut mempunyai bateri 6500mAh dengan pengecasan pantas 90W.