Taobao Akan Memperkenalkan Antaramuka Bahasa Melayu Untuk Pengguna Malaysia Tidak Lama Lagi
Amy Maizuraa
Taobao mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan antaramuka dalam bahasa melayu pada bulan Jun 2025. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengguna di Malaysia, di mana membolehkan mereka berinteraksi dengan aplikasi tersebut dalam bahasa yang lebih mudah. Langkah ini mencerminkan komitmen Taobao untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan di samping menjadikan pengalaman membeli belah lebih mesra pengguna.

Sejak September 2024, Taobao sudah sedia menawarkan antaramuka dalam bahasa Inggeris, bersama teknologi AI untuk menterjemah kandungan secara automatik. Dengan kemaskini baharu ini, pengguna di Malaysia boleh mengakses pelbagai produk dan perkhidmatan di platform tersebut dengan lebih mudah tanpa kekangan bahasa.
[sumber] The Star [/sumber]