Carian
Aplikasi SPX Express Kini Boleh Dimuat Turun – Mudahkan Pengurusan Penghantaran Barangan
April 22, 2025 Amy Maizuraa

SPX Express, yang sebelum ini dikenali sebagai Shopee Express, kini hadir dengan aplikasi mudah alih untuk memudahkan pengguna dalam menguruskan penghantaran barangan. Melalui aplikasi tersebut, pengguna boleh menjadualkan pengambilan barangan, menjejak status pakej secara masa nyata, dan mendapatkan anggaran kos penghantaran terus daripada telefon pintar masing-masing.

Menariknya, aplikasi SPX Express ini turut menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan kepada semua pengguna, dan tidak lagi terhad kepada platform Shopee semata-mata. Dengan ini, ia berfungsi sama seperti perkhidmatan penghantaran lain seperti Pos Malaysia dan J&T Express. Sebagai tambahan, SPX Express turut menawarkan kadar penghantaran serendah RM5 bagi 3kg pertama. Bagi yang berminat, aplikasi SPX Express kini boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Komen