Carian
Kini, 90% Populasi Internet Malaysia Menggunakan YouTube
April 22, 2025 Aman

YouTube Malaysia hari ini memperkenalkan YouTube Shopping secara rasminya untuk pengguna tempatan. Selari dengannya juga, pihak YouTube berkongsi mengatakan kini sekitar 90% populasi internet Malaysia menggunakan perkhidmatan YouTube, sekaligus memperlihatkan capaian YouTube yang meluas untuk pasaran tempatan.

Selari dengan capaian yang meluas ini, ia turut membawa kepada perkembangan sihat dalam arena pembangunan kandungan pada platform tersebut. Pada hari ini, terdapat lebih 2000 saluran tempatan yang mempunyai lebih 100,000 pelanggan, dan ini juga turut membawa kepada peningkatan muat-naik kandungan dari hari ke hari.

Pihak YouTube turut mengatakan mereka merupakan perkhidmatan utama yang digunakan oleh golongan berusia antara 18 ke 24 tahun, dimana perkhidmatan YouTube digunakan lebih kerap berbanding perkhidmatan yang lain.

Ketika acara sama juga, pihak Shopee turut menyentuh data lebih kurang sama, mengatakan kini sekitar 70% populasi internet Malaysia menggunakan perkhidmatan mereka.

Komen