Carian
Aplikasi Edits Kini Boleh Dimuat Turun Sebagai Pesaing CapCut
April 23, 2025 Effi Saharudin

Aplikasi Edits akhirnya dilancarkan oleh Meta untuk Android dan iOS selepas mengumumkannya pada bulan Mac lalu. Ia ialah aplikasi suntingan video yang dibangunkan sebagai pesaing kepada CapCut yang mungkin akan diharamkan sekiranya Bytedance gagal menjual TikTok kepada entiti milik Amerika Syarikat. Januari lalu aplikasi ditarik sementara daripada stor aplikasi di Amerika Syarikat bagi mematuhi arahan yang dikeluarkan Joe Biden.

Menerusi Edits, pengguna boleh melakukan suntingan video terus pada peranti mudah-alih masing-masing, dan seterusnya mengeksport video tanpa sebarang tanda tera air atau logo. Video yang dihasilkan kemudiannya boleh dikongsi ke platform-platform milik Meta dan juga platform lain. Sama seperti CapCut terdapat pelbagai templat, ciri suntingan dan penuras yang membolehkan kesan khas digunakan pada video yang ingin dihasilkan. Edits boleh dimuat turun secara percuma menerusi pautan di bawah.

Komen