Pengeluaran komputer peribadi pada Q1 2025 meningkat 6.7% berbanding suku yang sama tahun lalu menurut laporan terkini Counterpoint Research. Ia dipacu oleh pembelian disebabkan kerisauan pengenalan tarif oleh Amerika Syarikat. Lenovo memegang kedudukan teratas dengan pegangan 25% pasaran diikuti oleh HP (21%), Dell (16%), Apple (10%) dan Asus (6%).

Apple mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 17% diikuti oleh Lenovo (11%). Kelima-lima pengeluar dengan pegangan terbesar mencatatkan peningkatan pengeluar pada suku yang lalu. Pembelian dilakukan kerana majoriti PC dikilangkan di China. Pengenalan tarif tinggi oleh Amerika Syarikat akan menyebabkan peningkatan jualan.
Walaupun hanya Amerika Syarikat memperkenalkan tarif tinggi ke atas produk keluaran China, harga produk di semua pasaran dunia akan terkesan kerana pengeluar akan menaikkan harga bagi mengelakkan harga meningkat terlalu mendadak di Amerika. Sudah dapat dilihat Sony menaikkan harga PS5 di Eropah, UK, New Zealand dan Australia seminggu lalu. Langkah ini pastinya akan dilakukan pengeluar lain dalam minggu-minggu mendatang.