Vivo V50 Lite Akan Ke Pasaran Malaysia Pada 29 April 2025
April 23, 2025
Vivo
Amy Maizuraa
Vivo 50 Lite bakal dilancarkan di Malaysia pada 29 April 2025, dengan fokus kepada bateri besar berkapasiti 6500mAh yang disertakan teknologi BluVolt untuk prestasi tahan lama. Rekaan peranti ini turut diperbaharui yang menampilkan bonggol kamera belakang berbentuk lebih bulat. Selain itu, ia mempunyai sistem aura light yang lebih kecil berbanding generasi sebelum ini.

Tubuh peranti kekal berkotak bagi memastikan keselesaan penggunaan yang berpanjangan. Peranti ini hadir dalam dua pilihan warna menarik, iaitu Titanium Gold dan Purple. Bagaimanapun, spesifikasi lengkap peranti ini masih belum diumumkan buat masa ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.