Huawei Watch 5 akan dilancarkan pada 15 Mei 2025 di Berlin. Ia dijangka menampilkan reka bentuk yang lebih menarik serta pengalaman penggunaan yang dipertingkatkan. Berdasarkan video promo dikongsi, jam tangan pintar ini hadir dengan tombol berputar bagi tujuan menavigasi yang lebih mudah, serta butang tambahan di bahagian bawah yang berpotensi menyediakan akses pantas kepada fungsi tertentu.

Dengan penambahbaikan ini, ia dijangka mampu menawarkan keselesaan dan kemudahan yang lebih baik kepada pengguna. Namun, spesifikasi lengkap peranti masih belum diumumkan. Buat masa ini, Huawei sedia menawarkan Watch GT5 sebagai pilihan yang lengkap bagi pengguna mencari ciri premium dalam jam tangan pintar mereka. Harganya di Malaysia bermula RM1,099.