Carian
YouTube Perkenal Antaramuka Baharu dan Kelajuan 4X Sempena Ulang Tahun Ke-20
April 24, 2025 Effi Saharudin

YouTube menyambut ulang tahun ke-20 semalam dengan pengumuman kini terdapat 20 trilion video di dalam pustaka mereka. Selain berkongsi beberapa fakta menarik, YouTube juga mengumumkan beberapa ciri baharu yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Bagi pengguna aplikasi TV, antaramuka baharu untuk pemain video akan diberikan. Akses kepada butang kawalan akan dipermudahkan begitu juga mendapatkan maklumat mengenai video dan mengakses komen seperti tangkapan layar di atas.

Kepada pelanggan YouTube Premium, kelak mereka boleh mengakses ciri menonton video pada kelajuan 4X. Ketika ini pelanggan biasa hanya boleh menonton video pada kelajuan 2X. Kelak pemilik saluran boleh meninggalkan komen dalam bentuk audio. Ciri ini sedang diuji dan hanya diberikan kepada saluran terpilih sahaja.

Seterusnya pelanggan YouTube Premium dan Music juga boleh mengakses ciri Ask Music. Mereka boleh memberikan deskripsi apakah genre atau mood lagu yang ingin didengari kepada YouTube. Sebuah senarai main akan dijana mengikut sejarah tontonan sebelum ini. Pada peringkat awal Ask Music hanya menyokong arahan suara dalam Bahasa Inggeris di negara tertentu sahaja.

Akhir sekali pengguna YouTube TV pula, ciri Multiview akan diberikan dengan empat saluran boleh ditonton secara serentak dengan ia boleh diperibadikan sendiri oleh pengguna.

Komen