Sebagai platform media sosial nombor satu dunia, Facebook mempunyai lebih 2 bilion pengguna aktif setiap hari. Maka untuk memastikan kandungan mendapat perhatian, pelbagai taktik digunakan untuk mempromosikan kandungan dengan taktik spam digunakan dengan meluas. Ini mungkin dalam bentuk visual tidak selari dengan kandungan dan menggunakan bot untuk meninggalkan komen supaya ia kemudiannya akan dipromosikan oleh algoritma.

Bermula hari ini, Facebook memerangi kandungan berbentuk spam. Apabila ianya dikesan, Facebook akan mengurangkan penebarannya ke susur masa pengguna dan akan memastikan akaun tidak boleh menjana pendapatan. Pengguna manusia juga kini boleh melaporkan komen yang tidak relevan semata-mata untuk meningkatkan interaksi secara palsu.
Tahun lalu Facebook berkata 100 juta Pages palsu telah dipadam kerana menggunakan skrin meningkat pengikut. Mereka juga membuang 23 juta profil palsu yang mengambil identiti individu ternama bagi tujuan penipuan.
Langkah-langkah ini diambil Facebook bagi mengembalikan semula “OG Facebook” yang dijanjikan oleh Mark Zuckberg. Beberapa minggu lalu, susur masa hanya untuk rakan telah diaktifkan untuk pengguna di Amerika Syarikat. Masih tiada berita bila ia akan ditawarkan kepada semua pengguna ketika ini.