Carian
YouTube Juga Menerima Ciri Google AI Overviews
April 25, 2025 Effi Saharudin

Ciri carian AI Overviews yang diperkenalkan di Google Search kini telah dikembangkan ke YouTube. YouTube mengumumkan ujian keputusan carian menggunakan AI Overviews minggu ini dengan ia diberikan secara rawak kepada pelanggan Premium terpilih.

Menerusi AI Overviews, YouTube ingin memberikan saranan video yang dirasakan lebih relevan dan tepat. Contohnya apabila carian “fon kepada terbaik” dilakukan, AI Overviews akan menyarankan video-video yang dirasakan relevan walaupun ia frasa ini tidak terkandung pada tajuk video.

Tiada tangkapan layar bagaimanakah AI Overviews memberikan saranan kandungan kepada pengguna pada ketika ini. Cuma yang diharapkan ialah AI Overviews telah ditambahbaik sejak setahun lalu bagi mengelakkan insiden maklumat salah berulang. Tahun lalu ciri ini dihentikan seketika selepas ia memberikan maklumat tidak tepat seperti Obama ialah Presiden beragama Islam Amerika Pertama dan meletakkan gam pada piza untuk keju lebih likat.

Komen