Carian
DJI Menghentikan Sokongan Dron Phantom 4 dan Phantom 4 Pro
April 29, 2025 Effi Saharudin

DJI secara rasmi menghentikan sokongan untuk dron Phantom 4 dan Phantom 4 Pro bermula 1 Jun 2025. Kedua-dua dron tidak lagi akan menerima kemas kini perisian, sokongan baik pulih, bantuan teknikal dan pertanyaan produk. Dengan ini secara rasmi kesemua model Phantom tidak lagi akan disokong oleh DJI.

Model Phantom ialah produk yang menjadikan DJI jenama dron pilihan kerana ia bukan sahaja mudah dikawal tetapi juga hadir dengan sistem kamera yang berkuasa. DJI Phantom 4 dan Phantom 4 Pro dilancarkan pada tahun 2016.

Walaupun sokongan telah dihentikan secara rasmi sebulan sahaja lagi, pemilik masih boleh menerbangkan dron seperti biasa. Cuma selepas ini mencari alat ganti dan kemas kini perisian akan menjadi lebih sukar.

Komen