Apple dilaporkan mungkin membatalkan perancangan untuk menggunakan lapisan anti-pantulan tahan calar pada skrin siri iPhone 17. Keputusan itu diambil berikutan masalah yang timbul dalam pengeluaran secara besar-besaran yang menyebabkan keperluan untuk menghasilkan jutaan unit iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max tidak dapat dipenuhi.

Pada masa ini, Apple menggunakan lapisan oleophobic khas pada iPhone keluaran terkini untuk mengurangkan kesan cap jari, namun lapisan ini tidak mempunyai ciri anti-pantulan seperti teknologi yang digunakan oleh pesaingnya. Sebagai contoh, Samsung Galaxy S24 Ultra menggunakan panel kaca Corning Gorilla Glass Armor yang dapat mengurangkan pantulan sehingga 75%, sekali gus memberikan paparan lebih jelas dalam keadaan terang serta meningkatkan kontras dan ketepatan warna.
Walaupun Apple telah menggunakan teknologi Nano-texture pada produk seperti Mac dan iPad Pro untuk mengurangkan silau. Masih belum dapat dipastikan sama ada teknologi ini akan digunakan pada iPhone pada masa hadapan atau sebaliknya.