Industri permainan video sedang mengalami era kegelapan dengan ribuan pemain industri dibuang kerja bagi mengurangkan kos. Terkini menurut laporan Bloomberg, Electronic Arts telah membuang antara 300-400 kakitangan dan pada waktu yang sama membatalkan pembangunan beberapa projek termasuk baharu Titanfall.

Pusingan kedua pembuangan tenaga kerja dilakukan selepas setahun lalu lebih 600 kakitangan dilepaskan. Kali ini studio Respawn Entertianment terkesan dengan lebih 100 kakitangan dibuang. Pembatalan permainan baharu Titanfall oleh Respawn juga amat dikesali kerana ia amat dinantikan peminat yang sudah lama menantikan sekuel kepada Titanfall 2 sejak 2016.
Kos pembangunan permainan yang semakin meningkat tetapi jualan yang tidak memuaskan menyebabkan banyak studio mengalami kerugian. Tahun ini turut melihat studio Monolith yang membangunkan siri Shadow of Mordor ditutup di bawah program pengurangan kos oleh Warner Bros. Games.