Carian
Meta Menawarkan Kemaskini Baharu Untuk Aplikasi Edits
May 6, 2025 Amy Maizuraa

Meta baru sahaja melancarkan kemas kini baharu bagi aplikasi suntingan videonya, Edits. Tujuan utama kemas kini ini adalah untuk memudahkan pengguna menghasilkan kandungan yang lebih kreatif dan menarik. Antara ciri baharu yang diperkenalkan termasuk pilihan font yang lebih banyak, tambahan kesan suara, serta proses suntingan yang lebih ringkas dan mudah.

Sebanyak 125 pilihan fon baharu telah ditambah bagi memberikan lebih gaya dan personaliti kepada teks dalam video. Selain itu, terdapat juga 15 kesan suara tambahan untuk menjadikan suara latar lebih beremosi dan menarik. Ciri Apply All pula membolehkan pengguna menggunakan penuras dan kesan pada semua klip secara serentak. Edits juga kini menyokong fungsi suntingan multi-saluran, kesan video yang dipertingkatkan, serta keupayaan memuat turun klip tanpa tera air Instagram.

Buat masa ini, semua ciri ini boleh digunakan secara percuma. Namun, pada masa akan datang, Instagram mungkin mengenakan bayaran untuk ciri yang lebih canggih terutamanya yang melibatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI). Instagram juga berhasrat untuk melancarkan kemas kini secara mingguan bagi memastikan Edits terus menjadi aplikasi penyuntingan video yang relevan.

Komen