Carian
Presiden Trump Membatalkan Halangan Akses Cip AI Pentadbiran Presiden Biden
May 8, 2025 Effi Saharudin

Pada Januari lalu, Amerika Syarikat mengumumkan sekatan eksport cip kecerdasan buatan (AI) dengan negara Tahap 1 diberikan akses penuh, Tahap 2 akan mempunyai kuota dan Tahap 3 dihalang sepenuhnya. Malaysia dimasukkan ke dalam negara Tahap 2 dengan jumlah kuasa pemprosesan cip yang boleh dibeli dihadkan.

Hari ini jurucakap Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat mengumumkan halangan ini akan dibatalkan bermula 15 Mei depan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, pentadbiran Trump merasakan peraturan yang ditetapkan oleh Joe Biden terlalu kompleks, dipenuhi birokrasi, dan akan menghalang inovasi Amerika. Ia akan digantikan dengan peraturan yang lebih mudah bagi melancarkan inovasi Amerika dan memastikan penguasaan AI Amerika.

Halangan dikenakan Amerika Syarikat bagi memastikan negara lain khususnya yang dianggap pesaing tidak akan dapat mengancam penguasaan mereka dalam teknologi kecerdasan buatan. Akibatnya UAE dan Arab Saudi yang mempunyai aspirasi menjadi hub AI dunia dimasukkan ke dalam negara Tahap 2.

Komen