Carian
Sony WH-1000XM6 Tertiris – Bateri 30 Jam dan ANC Lebih Baik
May 9, 2025 • Effi Saharudin

Sony WH-1000XM6 telah tertiris ke arena web selepas ia disenaraikan awal di laman Amazon Perancis. Maklumat spesifikasi penuh fon kepala premium ini ditemukan oleh laman Dealabs. Dari segi rekaan ia menyerupai WH-1000XM5 yang dilancarkan pada tahun 2022. Selepas tiga tahun Sony memberikan berapa peningkatan kepada set fon kepal ini.

Pertama sekali ialah pengguna cip QN3 HD Noise Cancelling yang menawarkan pemprosesan pembatalan hingar tujuh kali lebih pantas berbanding QN1 yang digunakan XM5. Pemandu audio adalah sebesar 30mm dari jenis dinamik dengan ia dipadankan dengan 12 mikrofon bagi meyokong ciri ANC lebih baik. Sambungan boleh dilakukan menggunakan bluetooth dan kabel audio 3.5mm.

Sokongan audio Hi-Res Audio, LDAC DSEE Extreme dan 360 Reality Audio dikekalkan bersama penjejakan lokasi kepala. Bateri boleh bertahan sehingga 30 jam dengan pengecasan 3 minit sahaja boleh menawarkan penggunaan sehingga 3 jam.

Paling menarik ialah tahun ini ia hadir dalam warna Black, Platinum Silver, dan Midnight Blue. XM5 hanya ditawarkan dalam tiga warna sahaja sebelum ini. Harga jualannya pula ialah $449.99 (~RM 2155) sebuah. Sony akan mengadakan acara pelancaran peranti pada 13 Mei depan dan besar kemungkinan XM6 akan dilancarkan di acara yang sama.

Komen