Nothing Phone (3) Akan Dilancarkan Pada Julai 2025
Amy Maizuraa
Nothing telah mengesahkan bahawa Nothing Phone (3) akan dilancarkan pada Julai 2025. Peranti ini dijangka hadir dengan binaan premium, tetapan tri-kamera, dan cip Snapdragon 8 Elite.
CEO Nothing, Carl Pei turut menyatakan bahawa Phone (3) akan menawarkan peningkatan prestasi yang ketara, integrasi Android yang lebih mendalam, serta ciri AI yang canggih. Harganya dianggarkan sekitar £800 (~RM4,592) menjadikannya lebih mahal berbanding model Nothing sebelum ini.

Nothing masih merahsiakan tarikh pelancaran rasmi, tetapi petunjuk yang mereka kongsikan terutama angka “3” yang berulang telah mencetuskan pelbagai spekulasi. Ada yang berpendapat bahawa ia mungkin dilancarkan pada 3 Julai, namun buat masa ini tiada pengesahan rasmi daripada Nothing dan semuanya sekadar spekulasi.
Selain itu, terdapat khabar angin bahawa Nothing akan melancarkan fon kepala pertama mereka hasil kerjasama dengan KEF yang berkemungkinan diperkenalkan bersama Phone (3).
[sumber] nothing [/sumber]