Carian
Nilai Bitcoin Melebihi $109,000 – Tertinggi Dalam Sejarah
May 22, 2025 Effi Saharudin

Nilai mata wang kripto Bitcoin mencecah $109,992 (~RM 468,181) pagi ini dan ia adalah nilai tertinggi dalam sejarah. Tahun 2025 ialah tahun rollercoaster pasaran kripto dengan nilai Bitcoin menjunam ke sekitar $86,000 pada Februari sebelum kembali mencecah $100,000 dua minggu yang lalu. Sebelum ini nilai tertinggi Bitcoin ialah $106,147 yang dicapai pada Disember 2024.

Peningkatan nilai Bitcoin sejak sebulan lalu adalah dipacu oleh pengumuman pentadbiran Presiden Trump untuk meluluskan rangka kerja penggunaan kripto serta pelbagai keputusan mengurangkan kadar tarif ke beberapa pasaran dunia termasuk China. Pemulihan ekonomi ini memberikan impak positif ke atas pasaran kripto yang saling berhubung kait.

Komen