USAF Melantik Sebuah Lagi Syarikat Untuk Membangunkan Roket Membawa Kargo
Effi Saharudin
Tentera yang kuat dan tercanggih tidak semsetinya akan memenangi peperangan. Seperti kata-kata General John J. Pershing, “Pertempuran dimenangi oleh infrantri, peperangan dimemenangi logistik”. Kegagalan logistic menyebabkan tentera Nazi dihambat di Stalingrad. Maka antara idaman Tentera Udara Amerika Syarikat ialah sistem pengangkutan yang dapat menghantar kargo ke mana-mana lokasi dunia dalam masa sejam dengan program dimulakan sejak 2020.

Minggu ini Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) menganugerahkan kontrak kepada Rocket Lab USA untuk membangunkan roket membawa kargo di bawah program Eksperimen Roket untuk Logistik Tangkas Global (REGAL) untuk menjayakan misi Rocket Cargo. Roket Neutron yang sudahpun dibangunkan Rocket Lab akan digunakan untuk REGAL dengan sasaran pelancaran pertama dilakukan pada tahun 2026.

Rocket Lab ialah syarikat kedua selepas SpaceX yang diberikan kontrak untuk membangunkan roket membawa kargo pada tahun 2022. Dengan SpaceX menghadapi masalah membangunkan Starship untuk menjalankan misi ke bulan dan membawa kargo, ini mungkin menyebabkan Rocket Lab turut menerima kontrak yang sama.
Seperti Starship, Neutron dibangunkan bagi menghantar satelit dan kargo ke angkasa lepas. Ia boleh membawa kargo sehingga 13,000 kg dengan ia kemudian boleh kembali semula mendarat ke bumi secara menegak.
Kemampuan Neutron adalah masih di bawah sasaran yang diletakkan USAF untuk Rocket Kargo iaitu kemampuan membawa sehingga 82 tan yang sama dengan kapasiti pesawat kargo Boeing C-17 Globemaster III yang digunakan sekarang.