Memang seronok menjadi muka sendiri menjadi watak Ghibli dan menjana video pendek sebagai jenaka. Dalam gegak gempita gelak gembira ini, jangan lupa AI akan mengambil alih pelbagai kerja yang semalam ini dilakukan manusia. CEO Anthrophic Dario Amode dalam temubual dengan Axios mengatakan amaran, AI akan menyebabkan kadang pengangguran di Amerika Syarikat meningkat antara 10-20% dalam tempoh 5 tahun sahaja berbanding sekitar 4% pada ketika ini.

Tambah Amode lagi, AI akan mengambil alih 50% tugas-tugas kelas permulaan pekerja kolar putih. Ini adalah tugas yang diperlukan mereka untuk mendaki tangga kerjaya sebelum boleh mencapai tahap pengurusan. Tanpa tugas-tugas kelas permulaan ini, adakah di masa hadapan pihak pengurusan pula digantikan AI kerana tiada manusia terlatih untuk melakukan tugas ini?
Antara kerjaya yang terancam ialah pekerjaan di bidang kewangan, konsultasi, dan teknologi. Dua tahun lalu AI berada pada tahap pelajar sekolah menengah tetapi kini ia berada pada tahap pelajar universiti dan kini akan melepasinya.
Pendapat beliau ini bukanlah baharu ataupun bersifat menakut-nakutkan. Tahun lalu Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerbitkan laporan mengatakan sehingga 1.8 juta pekerja di Malaysia akan terkesan disebabkan teknologi AI, digital dan hijau. Latihan semula ialah antara langkah yang diambil kerajaan untuk mengurangkan impak yang bakal tiba tetapi jika semua kerja ini dirampas AI, apakah nilai latihan semula?