JBL Flip 7 Dan Charge 6 Dilancarkan Di Malaysia Bermula Harga RM799
Amy Maizuraa
JBL telah melancarkan dua pembesar suara baharu di Malaysia iaitu Flip 7 dan Charge 6. Kedua-duanya hadir dengan teknologi AI Sound Boost untuk kualiti audio yang lebih baik serta sambungan Bluetooth 5.4 dengan sokongan Auracast. Selain itu, pembesar suara ini memiliki penarafan IP68 yang menjadikannya tahan air, habuk, dan lebih lasak.

JBL Flip 7 menawarkan tweeter yang ditambah baik bagi menghasilkan audio lebih jelas, dengan hayat bateri sehingga 14 jam, yang turut boleh dipanjangkan hingga 16 jam menggunakan Playtime Boost. Sementara itu, JBL Charge 6 hadir dengan subwoofer yang dinaik taraf bagi bass yang lebih mantap, serta ketahanan bateri selama 28 jam, yang turut boleh ditingkatkan dengan Playtime Boost.

Bagi yang berminat, JBL Flip 7 dijual pada RM799 manakala Charge 6 berharga RM999 sebuah. Kedua-dua pembesar suara ini boleh didapati melalui kedai atas talian JBL Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.