Fon Telinga Edifier LolliClip Disenaraikan Di Malaysia Dengan Harga RM719
Amy Maizuraa
Edifier LolliClip dengan rekaan berbentuk subang kini tersedia di Malaysia. Antara ciri utama yang ditawarkan termasuk pembatalan bunyi adaptif, audio spatial yang imersif, serta teknologi akustik yang berfungsi untuk mengurangkan kebocoran bunyi dan meningkatkan pengalaman pendengaran secara menyeluruh.

Setiap unit dilengkapi tiga mikrofon terbina yang digabungkan dengan algoritma AI untuk memastikan kualiti panggilan suara yang lebih jelas. Selain itu, ia menyokong Hi-Res Wireless Audio dan LDAC bagi kualiti audio yang lebih baik, serta menawarkan IP56 untuk ketahanan tambahan terhadap habuk dan air. Tambatan pantas dilakukan melalui Bluetooth 5.4 yang menyokong sambungan berbilang peranti untuk pengalaman penggunaan yang lebih lancar.
Hayat bateri mampu bertahan sehingga 9 jam bagi setiap pengecasan dengan tambahan sehingga 30 jam apabila digunakan bersama pod pengecas. LolliClip kini tersedia dalam warna hitam dan putih dengan harga RM719 melalui pengedar sah Edifier di seluruh Malaysia
[sumber] edifier [/sumber]