Carian
AI Google DeepMind Boleh Meramal Taufan Sehingga 15 Hari Sebelum Berlaku
June 13, 2025 Effi Saharudin

Google Deepmind kini akan menggunakan model kecerdasan buatan (AI) terkini mereka untuk meramal kehadiran taufan tropika sebelum ia muncul. Mereka bekerjasama dengan Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat bagi menyokong ramalan dan amaran yang akan diberikan untuk musim taufan akan datang.

Bagi membolehkan data diakses semula, Weather Labs dilancarkan dengan ia menggunakan model AI yang boleh meramalkan pembentukan, laluan, kekuatan, saiz dan bentuk taufan serta menjana 50 kemungkinan senario sehingga 15 hari ke hadapan.

Apabila model diuji dengan data dunia sebenar, ia meramalkan laluan taufan Jude dan Ivone di Lautan Hindu tujuh hari ke hadapan. Ini adalah satu lagi kejayaan Deepmind yang sebelum ini melancarkan model ramalan kaji cuaca GenCast yang boleh yang juga sehingga 15 hari ke hadapan yang adalah lebih baik berbanding ramalan GraphCast yang hanya sehingga 10 hari.

Taufan tropika telah menyebabkan kerosakan sehingga $1.4 trillion sejak 50 tahun yang lalu. Ramalan awal yang tepat memudahkan pihak berkuasa memindah mangsa dan melakukan persediaan sewajarnya.

Komen