Trump T1 Phone Ialah Telefon Pintar Buatan Amerika Syarikat Untuk Patriot
Effi Saharudin
Tarif yang dikenakan oleh Presiden Trump adalah usaha memaksa syarikat luar menghasilkan perkakasan kembali ke dalam Amerika Syarikat. Trump berjanji mengenakan tarif 25% ke atas iPhoine dan peranti Android yang diimport masuk beberapa bulan lalu. Lewat semalam, syarikat telekomunikasi Trump Mobile dilancarkan dengan ia menawarkan Trump T1 Phone sebagai telefon pintar buatan Amerika Syarikat sepenuhnya khusus untuk patriot.
Peranti dilengkapi skrin 6.8″ AMOLED, memori sebesar 12GB RAM, storan 256GB, dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan berwayar 20W. Ini dipadankan dengan kamera utama 50+2+2 MP dan kamera swafoto 16MP. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android 15.

Tidak diketahui apakah pemproses yang digunakan serta berapa lamakah peranti akan disokong. Ia juga hanya ditawarkan dalam warna emas serta mempunyai rekaan bendera Amerika Syarikat di panel belakang. Setiap Trump T1 Phone dijual pada harga $499 (~RM 2116) sebuah.
Walaupun dipasarkan sebagai telefon pintar buatan Amerika Syarikat, ia mirip beberapa peranti kelas murahan keluaran OEM dari China. Selain menjual telefon, Trump Mobile juga menawarkan pelan selular dengan bayaran $47.45 sebulan. Jika anda penyokong tegar Trump ini ialah peranti paling serasi dengan jiwa raga anda.
Pelancaran telefon bertemakan politik ini adakah fenomena baharu di Amerika Syarikat tetapi di Malaysia peranti bertemakan UMNO telahpun ditawarkan pada tahun 2015 .