Aplikasi Adobe Firefly Kini Di Android dan iOS
Effi Saharudin
Adobe Firefly kini boleh digunakan pada peranti pintar menerusi aplikasi Android dan iOS yang dilancarkan hari ini. Seperti versi desktop dan web, aplikasi memberikan ciri menjana imej dan video daripada teks. Selain model mereka sendiri, Firefly turut memberikan pilihan kandungan dijana menggunakan model Google Imagen 3, Imagen 4, Veo 2, Veo 3 serta OpenAI.

Selain itu ciri Generative Fill dan Generative Expand yang sebelum ini ditawarkan di Photoshop turut boleh digunakan menerusi aplikasi Firefly. Seperti semua produk Adobe, menjana kandungan Firefly memerlukan kredit. Setiap akaun Adobe menerima kredit bulanan yang boleh ditambah sekiranya diperlukan.
Kesemua imej dan video yang dijana menggunakan aplikasi akan disimpan di storan awanan akaun pengguna. Ini memudahkan kandungan ini kemudiannya diakses pada peranti lain menggunakan Creative Cloud.
[download] Muat turun Adobe Firefly daripada Google Play Store [/download]
[download] Muat turun Adobe Firefly daripada Apple App Store [/download]