NVIDIA RTX 5050 Dilancarkan Untuk Desktop dan Komputer Riba
Effi Saharudin
Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5050 untuk desktop dan komputer riba dilancarkan lewat malam semalam dengan ia menawarkan grafik siri RTX 5000 pada harga yang paling mampu milik setakat ini.

Kedua-dua kad dilengkapi GPU berasaskan Blackwell GB207, dilengkapi 2560 teras CUDA, teras Tensor gen-5, dan teras Ray Tracing gen-4. Perbezaan terletak pada penggunaan memori. Versi desktop hadir dengan memori 8GB GDDR6 sementara versi komputer riba pula dilengkapi memori 8GB GDDR7.
Kedua-duanya menggunakan TGP maksimum 115W membolehkan desktop dengan PSU 550 Watt menggunakannya. Dari segi kuasa memproses, RTX 5060 ialah sehingga 22% lebih berkuasa manakala RTX 5070 pula adalah 49% lebih berkuasa.

Menurut NVIDIA, kad grafik RTX 5050 akan mula dijual pada penghujung Julai depan dengan ASUS, Colorful, Gainward, Galaxy, GIGABYTE, INNO3D, MSI, Palit, PNY, dan ZOTAC antara yang akan menawarkannya kepada pengguna. Harga jualan kad pula bermula daripada $249 (~RM 1055) sebuah.