Kini Anda Boleh Menjadualkan Tugasan Pada Perplexity Melalui WhatsApp
June 25, 2025
Kecerdasan Buatan
Aman
Sebelum ini kita sedia boleh mengakses ChatGPT melalui aplikasi permesejan WhatsApp. Selain ChatGPT, Perplexity turut sedia menawarkan sokongan permesejan melalui WhatsApp, dan hari ini mereka turut menambah beberapa ciri baharu.
Antaranya adalah sokongan menjadualkan tugasan berulang melaluinya, dan juga menetapkan peringatan melalui WhatsApp. Dengan langkah ini, anda boleh membuatkan Perplexity mengingatkan anda berkenaan sesuatu perkara, selain turut menggunakannya untuk mengetahui perkembangan harian, berita semasa, dan lain-lain.
Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, anda boleh menambah Perplexity melalui nombor +1 833 436 3285.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.