Pra-tempahan Microsoft Surface Pro Dan Surface Laptop Baharu Kini Dibuka – Bermula Dari RM3999
Nazrin
Beberapa bulan lalu, Microsoft telah memperkenalkan siri tablet dan komputer riba Microsoft Surface Pro dan Microsoft Surface Laptop dengan saiz paparan lebih padat dan dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon X Plus.

Ia dilihat sebagai pilihan sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah mesin kerja bersaiz padat, dimana Surface Pro baharu ini hadir dengan paparan bersaiz 12 inci, manakala Surface Laptop baharu ini pula hadir dengan paparan bersaiz 13 inci.

Terkini, Microsoft Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk produk-produk ini di pasaran tempatan dengan menawarkan dua pilihan variasi storan SSD berbeza, termasuklah 256GB ataupun 512GB. Konfigurasi memori dan storan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Microsoft Surface Pro 12″ (X Plus / 16GB / 256GB) – RM3999
- Microsoft Surface Pro 12″ (X Plus / 16GB / 512GB) – RM4399
- Microsoft Surface Laptop 13″ (X Plus / 16GB / 256GB) – RM4488
- Microsoft Surface Laptop 13″ (X Plus / 16GB / 512GB) – RM4888

Microsoft Malaysia turut mengesahkan bahawa pra-tempahan untuk tablet dan komputer riba Microsoft Surface ini sudahpun dibuka bermula hari ini, 8 Julai 2025 dan boleh ditempah melalui pengedar rasmi produk Microsoft seperti all IT Hypermarket, Harvey Norman, PC Image, SNS Network dan Thunder Match Technology. Ia akan mula dijual pada 22 Julai 2025.