RedMagic Astra Gaming Tablet Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM 2999
Effi Saharudin
Tablet gaming RedMagic Astra Gaming Tablet dilancarkan di Malaysia dengan ia hadir dengan skrin 9.06″ LTPO OLED yang menyokong kadar segar semula 165Hz. Ia dipadankan dengan cip mercu Snapdragon 8 Elite, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri sebesar 8200 mAh. Bateri besar ini boleh dicas semula menggunakan pengecas 80W.

Kamera utama di belakang adalah sebesar 13MP dan di hadapan pula kamera sebesar 9MP digunakan. Kerana ia sebuah tablet gaming, Astra hadir dengan sistem penyejukan ICE-X 13 lapisan dan mempunyai kipas penyejuk terbina yang boleh berputar pada kelajuan 20,000 RPM.
Ciri tambahan lain ialah terdapat sokongan haptik dan sistem audio DTS:X Ultra. Sistem operasi yang digunakan adalah Redmagic OS 10.5 berasaskan Android 15. Jika tablet seperti pernah dilihat sebelum ini, ia adalah sama seperti Gaming Tablet 3 Pro yang dilancarkan bulan lalu hanya untuk pasaran global. Pihak RedMagic mengesahkan tablet ini akan memasuki pasaran Malaysia.
Di Malaysia tablet gaming mercu ini akan mula dijual pada 14 Julai dengan model seperti di bawah.
- RedMagic Astra Gaming Tablet (12/256 GB) – RM 3399
- RedMagic Astra Gaming Tablet (16/512 GB) – RM 4199
- RedMagic Astra Gaming Tablet (24/1000 GB) – RM 5199
Untuk tempoh promosi antara 14- 31 Julai ini, peranti boleh dibeli pada harga lebih rendah RM 2999, RM 3799 dan RM 4799 dengan pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM897 dalam bentuk Redmagic Cyber Gamepad (RM499), Redmagic 80W GaN5 Pro Charger (RM199) dan Redmagic Screen Protector (RM199).
