Spotify Perlihatkan Harga Langganan Baharu – RM17.50 Sebulan Untuk Individu, RM27.90 Sebulan Untuk Keluarga
Aman
Lanjutan daripada pengumuman semalam, kini Spotify dilihat telah mengemaskini harga langganan untuk perkhidmatan mereka di laman rasmi untuk pasaran Malaysia. Melaluinya, kini ia merupakan harga baharu yang disenaraikan Spotify untuk pasaran Malaysia:
- Spotify Premium Individu – RM17.50 sebulan
- Spotify Premium Pelajar – RM9.50 sebulan
- Spotify Premium Keluarga – RM27.90 sebulan
- Spotify Premium Duo – RM24.50 sebulan


Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan sedikit untuk pengguna tempatan. Sebagai contoh, untuk langganan bulanan individu sebelum ini, ia berharga RM15.90 sebulan, dan harga baharu memperlihatkan peningkatan sebanyak RM1.60 sebulan.
Spotify juga turut menawarkan promosi dua bulan pada harga satu bulan, untuk pelanggan baharu yang tidak pernah melanggan Spotify sebelum ini. Bagi pelanggan sedia ada, Spotify dijangka mengumumkan peningkatan harga ini secara berperingkat bermula minggu-minggu akan datang.